Ahad, 2 April 2017

Indra, Nantha kembali



ARKIB : 22/07/2003

DUA pemain Perak, Indra Putra Mahayuddin dan K. Nantha Kumar menyertai kem latihan skuad bola sepak kebangsaan semalam, walaupun pada awalnya agak keberatan untuk dilepaskan oleh pasukan negeri mereka itu.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad memberitahu, kedua-dua pemain itu tiba dari Indonesia dan telah mendaftar diri di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Menurut Ibrahim, beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan Perak yang menerima keputusan FAM bagi melepaskan dua pemain berkenaan.

``Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Jamal Nasir (pengurus Perak) dan penyokong yang patuh serta sedia melepaskan mereka bermain dengan skuad kebangsaan,'' katanya semalam.

Perak sebelum ini agak keberatan membenarkan dua pemain tersebut menyertai skuad kebangsaan yang akan menghadapi kejohanan Liga Perdana FA Piala Asia yang bermula 24 Julai ini.

Skuad Seladang itu yang sudah mara ke separuh akhir kejohanan Kelab ASEAN kelmarin, mahu menggunakan khidmat kedua-duanya bagi membantu mereka memenangi kejohanan tersebut.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4d6MP8xFI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan