INDRA PUTRA MAHAYUDDIN menerima
penghormatan atas kejayaan meledak lebih 100 gol dalam saingan Liga Super
sebelum sepak mula antara Kuala Lumpur dan JDT di Stadium Bola Sepak Kuala
Lumpur, Cheras semalam. - Gambar MFL
14 Julai 2019 9:15 PM
KUALA LUMPUR - Pencapaian
cemerlang Indra Putra Mahayuddin yang telah meledak lebih 100 gol dalam aksi
Liga Super sepanjang kariernya mendapat penghargaan daripada rakan penaja Liga
Malaysia (Liga M), 100Plus.
Semalam, Pengurus Penajaan dan
Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Engku Isyamuddin Tuan
Losin memberikan penghargaan itu sebelum perlawanan Liga Super di antara Kuala
Lumpur menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur,
Cheras.
Pada April lalu, Indra Putra yang
bakal menginjak usia 38 tahun pada 1 September ini, meledak gol ke-100 ketika
menentang PKNS FC dalam aksi di Shah Alam.
Kejayaan Indra, yang merupakan
pemain Malaysia pertama melakar pencapaian itu turut mendapat penghormatan
daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). – SUMBER-UTUSAN ONLINE 14 Julai
2019 9:15 PM