Selasa, 30 April 2019

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA KEDAH 3-2 SELANGOR.


Jun 21, 2008 (Sabtu)
Kedah
Fadly Baharom (2'), Khyril Muhymeen Zambri ('33), Shafiq Jamal (51')    3-2          Selangor
Amirul Hadi Zainal (13'), Frank Seator (71' penalti)    Std Shah Alam
minit 75-Pemain Kedah Sabree Abu dibuang padang kerana mendapat kad merah

Kedah: Pemain: 1-Helmi Eliza Elias, 2-Victor Andrag (Kapt) (3-Ronny Harun), 17-V. Thirumurugan, 16-Fazliata Taib, 6-Shafizan Hashim, 10-Nelson San Martin, 11-Ahmad Fauzi Shaari, 15-Mohd Fadly Baharom (13-Saramsak Kram), 27-Badrol Bakhtiar, 28-Shafiq Jamal (26-Sabree Abu), 18-Mohd Khyril Muhymeen Zambri,

Simpanan: 4-Mohd Bunyamin Umar, 22-Mohd Alhafiz Hamzah,

Jurulatih:Azrai Khor Abdullah

Tidak dapat diturunkan: 6-Bernard Hunggin, 9-Marlon Alex James

Selangor: Pemain: 23-Suffian Abdul Rahman, 4-Evans Chisulo, 26-Nasriq Baharom, 15-P. Gunalan, 3-Razman Roslan (16-Abdul Ghani Rahman, 25-Shukor Adan (Kapt), 27-Amirulhadi Zainal (23-Indra Puta Mahayuddin), 8-Ellie Aiboy, 11-R. Surendran (9-Frank Seator, 17-Amri Yahyah, 10-Safee Sali

Simpanan: Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Digantung: 19-D. Surendren

Jurulatih: Dollah Salleh

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PERTAMA PIALA FA 30.4.2019


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kuala Lumpur   3-3           Felda United
                                           m-23,m-59Abdul Azim Rahim
m-40 Indra Putra
m-53 Indra Putra    
                                           m-75 Jocinei Schad
m-80 Paulo Josue
         
PKNP 0-0     Perak
         
PKNS          1-3     Kedah
                         m-12  Fernando Rodriguez
                         m-25 Jonatan Bauman ( pen)
                         m-45 Jonatan Bauman
m-64 Gabriel Guerra


KEPUTUSAN SUKU AKHIR PERTAMA PIALA FA KL-3-3 FELDA UNITED

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB




 SUMBER-SIARAN LANGSUNG iflix

GOL KEDUA INDRAPUTRA MAHAYUDDIN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

SUMBER-iflix

KEPUTUSAN MASA PERTAMA KL 1-1 FELDA UNITED

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


SUKU AKHIR PERTAMA PIALA FA -KL 0-0 FELDA UNITED

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

SUMBER-iflix

PENJARING GOL LIGA SUPER 2019


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
LAPAN GOL
Gonzalo Cabrera     Johor Darul Takzim
LIMA GOL
Diogo Luis Santo    Johor Darul Takzim
Dickson Nwakaeme          Pahang        
EMPAT GOL
Safawi Rasid Johor    Darul Takzim      
Fernando Rodriguez            Kedah       
Indra Putra    Kuala Lumpur        
Patrick Reichelt      Melaka United       
Herold Goulon        Pahang        
Ze Love        Pahang        
Gilmar          Perak 
Giancarlo Lopes      PKNP
Kpah Sherman        PKNS
Romel Morales       PKNS
Sandro          Selangor      
TIGA GOL
Hadin Azman         Felda United
Kei Ikeda      Felda United         
Leandro Velazquez Johor Darul Takzim
Guilherme De Paula          Kuala Lumpur        
Norshahrul Idlan Talaha    Pahang        
Amri Yahyah                   Selangor       
Rufino Segovia       Selangor      
Tchetche Kipre       Terengganu  

Isnin, 29 April 2019

Aksi samba ala KL


Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL
KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun hilang dalam radar utama Liga Malaysia (Liga M) yang kini dikenali sebagai Liga Super, skuad Kuala Lumpur kembali membuat kemunculan semula bagi saingan musim 2018.

Kali ini, penampilannya lebih gah kerana hadir ke gelanggang utama secara automatik selepas meraih status juara Liga Perdana 2017.

Lonjakan itu sekaligus mengenepikan seketika detik hitam yang pernah ditempuh ketika beraksi di Liga Perdana 2013 dan terjerumus ke Liga FAM pada 2015.

Ia cukup memeritkan, ditambah pula dengan pelbagai isu dalaman yang melanda pasukan termasuk kontroversi mengatur perlawanan. Sedangkan, sebelum ini, skuad yang kini dengan digelar The Hawk pernah mencatat hatrik menjulang Piala Malaysia pada 1987 hingga 1989.


SESI latihan skuad Kuala Lumpur di bawah kendalian Fabio Marciel. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

JURULATIH Kuala Lumpur, Fabio Marciel (kanan) memberi arahan kepada anak buahnya ketika sesi latihan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

PENYERANG berbisa skuad The Hawks, Guilherme de Paula menjalani latihan bersama rakan sepasukan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

SKUAD The Hawks gigih menjalani latihan menjelang sepak mula Liga Super musim ini. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
Bagi musim 2018, Kuala Lumpur dijangka akan tampil dengan 'ramuan Brazil' apabila bakal ditunjangi oleh empat watak utama dari negara kuasa besar bola sepak dunia itu.

Bermula dengan ketua jurulatihnya, Fabio Maciel, Kuala Lumpur turut akan diperkuatkan oleh tiga import dari Brazil yang diketuai penyerang sensasi, Guilherme De Paula Lucrecio, Jonior Aparecido Guimaro de Sauza dan Paula Josue Stumer dos Reis.

Bagi Maciel, status itu bukan jaminan untuk diserapkan secara automatik ke dalam kesebelasan itu kerana beliau bersikap terbuka dan bersedia memberi peluang kepada pemain untuk tampil dengan aksi terbaik.

"Kami kini sedang mempersiapkan pasukan sebelum aksi pertama menentang Selangor. Semua pemain ada peluang untuk beraksi.

"Penting buat kami untuk ada beberapa perlawanan persahabatan bagi mengenalpasti kelemahan. Untuk itu, pemain perlu gunakan peluang ini untuk buktikan kemampuan masing-masing.

"Bagi saya, sebelum sepak mula, tiada mana-mana pasukan boleh mendabik dada mereka adalah pasukan pilihan. Jadi, Kuala Lumpur juga layak bergelar pencabar utama jika beraksi dengan cemerlang," kata Maciel.

Hakikat sama diakui bekas penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha Radzak yang menuntut rakan sepasukannya supaya tampil lebih baik bagi mengembalikan kegemilangan skuad The City Boys.

Bekas tonggak Johor Darul Ta'zim II (JDT II) itu mengakui persiapan kali ini berjalan dan dia sedia untuk mengerah kudrat tanpa mengira posisi mana yang ditetapkan jurulatih.

"Saya tidak kisah untuk diletakkan di mana-mana posisi, asalkan ia bersesuaian dengan kehendak pasukan.

Apa pun kami masih memerlukan aksi kompetitif untuk memantapkan pasukan."Ia penting untuk persiapan pasukan. Secara peribadi, saya masih belum berpuas hati dengan prestasi sendiri tetapi yakin semuanya akan dapat diatasi sebelum sepak mula," katanya.

Apa kata mereka: "Dengan kehadiran pemain senior seperti Indra Putra Mahayuddin, ia menambah kekuatan pasukan dan berharap pemain muda lain dapat belajar daripadanya sekali gus memastikan keserasian pasukan pada tahap terbaik," kata Zaquan Adha Radzak

"Semuanya berjalan lancar (persiapan), namun kami tidak boleh berpuas hati sebaliknya perlu kekal perbaiki segala kelemahan yang masih ada. Pasukan melakukan perubahan dan sudah mengharungi beberapa perlawanan, jadi pemain semakin serasi tetapi masih perlu dimantapkan lagi," Pemain Kuala Lumpur, Paulo Josue
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE



Indra gesa rakan tenang hadapi JDT


Jumaat, 9 Februari 2018 | 5:55pm
 
KAPTEN Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin (kiri) percaya tiada apa yang mustahil dalam bola sepak jika pemain mempunyai azam untuk menang. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Indra gesa rakan tenang hadapi JDT
Oleh Devinder Singh
devinder@nst.com.my
KUALA LUMPUR: Indra Putra Mahayuddin mahu rakan sepasukan mengambil pendekatan tenang apabila Kuala Lumpur (KL) yang belum meledak gol bertemu juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) di Cheras esok.

Kapten KL itu percaya ketumpulan skuad ibu kota itu di depan gawang berpunca daripada kegagalan mereka mengekalkan ketenangan apabila peluang menjaringkan gol muncul.

KL mencipta banyak peluang ketika kekalahan 2-0 di tangan Selangor dan Negeri Sembilan dalam dua perlawanan pertama, tetapi penyerangnya Guilherme De Paula masih belum menemui sentuhan pembunuhnya yang menjelmakan 30 gol musim lalu.

"Saya rasa sebab utama kami belum menjaringkan gol adalah kerana kami terlalu bersemangat mahu mendapatkan jaringan," kata Indra yang menyertai juara Liga Perdana 2017, KL musim ini dari Kelantan.

"Apabila anda mencuba dengan bersungguh-sungguh, kadang kala anda kehilangan arah.


PENYERANG Kuala Lumpur, Guilherme De Paula (kiri) masih belum menemui sentuhan pembunuhnya. - Foto BERNAMA
"Ramai yang merasakan kesilapan yang kami lakukan berpunca daripada individu tetapi bagi saya, kami tewas sebagai satu pasukan dan menang sebagai satu pasukan.

"Setiap pemain memikul tanggungjawab sama rata apabila tewas dan kami tidak menyalahkan sesiapa.

"Saya harap pemain-pemain mengekalkan tumpuan mereka dan memberikan persembahan terbaik bertemu JDT, yang kita semua tahu adalah pasukan terkuat di negara ini.

"Kami akan cuba melakukan sesuatu kerana tiada apa yang mustahil dalam bola sepak. Jika kami mempunyai azam untuk menang, Insya-Allah kami akan berjaya."

JDT sudah mengumpul enam mata daripada dua perlawanan selepas menewaskan Kedah 2-1 dan PKNP FC 3-0 di Larkin, namun jurulatih KL, Fabio Marcel percaya juara liga itu mempunyai titik kelemahan mereka.

"Kami menghormati JDT, mereka kelab yang besar, tetapi ketika kekalahan kepada Muangthong United dalam Liga Juara-Juara AFC, mereka membuktikan yang mereka juga ada kelemahan," kata Maciel.

"Di sini pasukan-pasukan terlalu memberikan ruang kepada mereka untuk bermain tetapi apabila kelab bermain secara terbuka dengan JDT, mereka akan berdepan masalah."

Pemain sayap Zaquan Adha Abd Radzak dijangka mengisi kesebelasan utama KL selepas untuk berdepan kelab lamanya .
SUMBER –BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 9 Februari 2018 | 5:55pm

Windsor tabik Indra


Isnin, 29 April 2019 | 9:25pm
 
INDRA Putra Mahayuddin.
Windsor tabik Indra
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@mediaprima.com.my
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul John kagum dengan pencapaian Indra Putra Mahayuddin yang berjaya meledak jaringan ke-100 sepanjang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Windsor, bukan mudah untuk seseorang pemain meledak jaringan hingga angka 100 apatah lagi dengan usia Indra yang akan mencecah 38 tahun September ini.

Justeru katanya, ia satu pencapaian yang cemerlang daripada Indra dan semua orang perlu mengucapkan tahniah kepada pemain veteran yang kini mewakili Kuala Lumpur dalam Liga Super.

"Pada usia 38 tahun, tapi memiliki keinginan tinggi untuk menjaringkan gol. Setiap orang perlu ucap tahniah kerana anda mungkin boleh beraksi dan melakukan percubaan tetapi belum tentu dapat menjaringkan gol,” kata Windsor.

"Indra pemain yang bagus, semua orang tahu dan kariernya sangat panjang dalam bola sepak termasuk mewakili skuad kebangsaan."

Indra meledak gol ke-100 pada aksi Kuala Lumpur berdepan PKNS FC di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu hasil sepakan lencong yang menarik.
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 29 April 2019 | 9:25pm

Pencapaian Indra sangat hebat - AFC


 INDRA Putra Mahayuddin mencetak gol ke-100 dalam kariernya pada
INDRA Putra Mahayuddin mencetak gol ke-100 dalam kariernya pada saingan Liga Super, Sabtu lalu.
29 April 2019 3:56 PM

PETALING JAYA 29 April - Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengucapkan tahniah kepada Indra Putra Mahayuddin, pemain Kuala Lumpur yang menjaringkan gol ke-100 dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu.

Bekas pemain negara itu adalah pemain pertama menjaringkan 100 gol dalam Liga Super yang dilancarkan pada 2004.


Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John berkata, ia merupakan pencapaian hebat oleh pemain berusia 38 tahun itu.

“Bagi usianya yang mencecah 38 tahun itu, mempunyai keinginan untuk bermain dan menjaringkan gol...semua orang perlu mengucapkan tahniah kepada beliau kerana anda (pemain) boleh memasuki perlawanan dan bermain dengan baik...melakukan semua percubaan tetapi masih tidak dapat gol.

“Begitupun dia yang bermain begitu lama sejak dari pasukan kebangsaan dan masih bermain sehingga kini, boleh menjaringkan 100 gol dalam banyak perlawanan, anda boleh tahu betapa bagusnya pemain ini,” katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia (WFS) peringkat Asia di sini hari ini.

Indra Putra menjaringkan gol ke-100 beliau dengan serangan cantik pada minit ke-41 ketika menentang PKNS pada perlawanan di Shah Alam. PKNS kalahkan Kuala Lumpur 3-2. – BERNAMA
UTUSAN MALAYSIA ONLINE 29 April 2019 3:56 PM


Indra Putra Mahyuddin nadi kebangkitan KL


DECEMBER 12, 2017 BY EDITOR
FAKTOR usia tidak pernah menjadi ukuran kepada jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel apabila memilih pemain untuk mewakili pasukan itu sebaliknya prestasi di atas padang menjadi kriteria utama.

Beliau merujuk kepada Indra Putera Mahayuddin, 36, antara muka baharu yang dibawa masuk untuk memperkukuhkan cabaran Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super musim depan.

Pada ketika ramai menganggap Indra kini sudah menghampiri penghujung kariernya, Maciel pula melihat sebaliknya apabila menganggap pemain berkenaan sebagai aset yang berharga untuk skuad warga kota itu.

Malah, jurulatih kelahiran Brazil itu yakin kehadiran Indra akan membawa impak besar kepada usaha The Hawks menjadi pesaing utama Liga Super.

“Saya bukan membawa masuk Indra sekadar untuk menjadi pelengkap pasukan sebaliknya mahu memberinya peranan utama dalam misi kami musim depan.

“Usia bukan ukuran kerana apa yang lebih penting adalah prestasi. Walaupun sudah berusia 36 tahun namun saya lihat dia masih mampu menyaingi kecergasan pemain muda.

“Sudah tentu pengalaman dimiliki menjadikan dia sebagai pemain yang lebih lengkap. Kedua-dua faktor inilah yang menjadi tarikan utama saya ke atas Indra.

“Saya yakin, dengan disiplin serta komitmen yang ditunjukkan Indra terhadap kariernya, dia masih mampu bermain beberapa tahun lagi.

“Saya tidak akan terkejut jika suatu hari kelak, dia mampu mencipta sejarah sebagai pemain tertua beraksi dalam Liga Malaysia,” kata Maciel.

Indra adalah antara muka lama yang masih mewarnai Liga M dengan pengalaman mewakili Perak, Pahang, Selangor, Kelantan, T-Team dan FELDA United sejak memulakan karier profesional pada 1998.

Sepanjang hampir 20 tahun beraksi, dia telah menikmati semua kejuaraan domestik. Antara pencapaian terbaiknya adalah memacu Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 2010 dan 2012 dan Piala FA pada 2012 dan 2013.

Selain pernah menikmati kejuaraan Liga Super 2004 dan Piala FA 2006 bersama Pahang, dia juga turut membantu negeri kelahirannya, Perak, memenangi Liga Perdana 1 pada 2002 dan 2003.
SUMBER- http://infomamak.com/indra-putra-mahyuddin-nadi-kebangkitan-kl/


Indra Putra bersama Kuala Lumpur 2018


 DEC 03, 2017           HIT: 1019 WRITTEN BY  SUPER USER
    
Indra Putra bersama Kuala Lumpur 2018
Indra Putra Mahayuddin disahkan akan menyarung jersi Kuala Lumpur untuk musim 2018 nanti. Sebagai seorang pemain yang banyak membantu mencipta kejayaan bersama Kelantan dan pemain senior yang paling bernilai musim 2017, seluruh penyokong Kelantan mengucapkan Selamat maju jaya,  Terima kasih atas jasa dan sumbangan.

indra putra kl 2018

Rata-rata ramai penyokong Kelantan berasa kecewa dengan kegagalan KAFA dalam mengekalkan Indra Putra untuk musim 2018, namun apakan daya mungkin KAFA ada alasannya tersendiri untuk tidak mengekalkan pemain ini. Selaku penyokong setia, kita harus berlapang dada dan menanti sepak mula musim 2018 dengan penuh yakin kepada pengurusan baru KAFA 2018.

Pelaburan bagi membina kembali pasukan ini bukan satu jumlah yang kecil, ditambah lagi dengan bebanan hutang mencecah RM8 juta seperti yang diumumkan oleh presiden KAFA semalam, menunjukkan KAFA amat memerlukan sokongan semua untuk membina pasukan ini samada sokongan  penajaan mahupun sekadar sokongan moral.

QUEENS PARK RANGERS


Ini 7 Kelab Dari England Yang Indra Putra Mahayuddin Pernah Bermain Menentang Mereka
7) Queens Park Rangers. Indra juga pernah beraksi menentang Queens Park Rangers (QPR) pada 20 Julai 2012 di Stadium Shah Alam. Pada perlawanan tersebut QPR telah menewaskan Kelantan dengan keputusan 5-0.[1]

____________________________________
[1]http://www.harimaumalaya.org/bola-sepak/7-kelab-england-indra-putra-mahayuddin/

Kepulangan Indra akan cetuskan kebangkitan TRW - Devan


Astro Arena |  Diterbitkan pada Januari 04, 2016 16:00 +08
Kepulangan Indra akan cetuskan kebangkitan TRW - Devan
Kepulangan Indra akan cetuskan kebangkitan TRW - Devan
Indra Putra bukan sahaja pemain kegemaran yang berkarisma tetapi dia juga mempunyai bakat dan ketajaman untuk menjaringkan gol. - Gambar fail
Pengendali Kelantan, K. Devan menyifatkan kepulangan bekas penyerang Felda United, Indra Putra Mahayuddin akan mencetuskan kebangkitan pasukannya bagi saingan Liga Malaysia 2016.

Menurut Devan, dia mengharapkan pemain yang memiliki bakat dan pengalaman luas seperti Indra dapat memberi suntikan semangat kepada pemain-pemain Kelantan yang sedia ada.

"Bagi penyokong Kelantan, Indra bukan sahaja pemain kegemaran yang berkarisma tetapi dia juga mempunyai bakat dan ketajaman untuk menjaringkan gol," katanya kepada The Star.

Pada masa yang sama, Devan turut memuji keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengekalkan majoriti pemain sedia ada sebelum meningatkan para penyokong bahawa mereka masih memburu khidmat tiga pemain import bagi musim baru.

"Kami mahu menciptakan perasaan teruja buat para penyokong sekali lagi. Kami memiliki pemain tempatan yang mantap dan saya mengharapkan kehadiran Indra serta tiga lagi pemain import dapat menghidupkan semula cabaran Kelantan tahun ini," tambahnya.

Indra meledakkan 51 gol dalam 155 perlawanan liga dalam tempoh dua musim dan menjaringkan gol pemenang pada masa tambahan ketika Kelantan menewaskan ATM 3-2 untuk menjulang Piala Malaysia pada tahun 2012.

Walaupun Kelantan menyerlah dalam perjalanan ke final Piala FA tahun lepas, The Red Warriors tumbang di tangan LionsXII dan mengakhiri kempen Liga Super di tempat ke-9.
SUMBER- http://www.astroawani.com/berita-sukan/kepulangan-indra-akan-cetuskan-kebangkitan-trw-devan-87980

Indra, Shukor diintai ganti tempat Safiq, Aidil


Astro Arena |  Diterbitkan pada Julai 13, 2016 22:11 +08
Indra, Shukor diintai ganti tempat Safiq, Aidil
Indra, Shukor diintai ganti tempat Safiq, Aidil
Shukor dan Indra Putra diintai sebagai pengganti Safiq dan Aidil Zafuan.
PENGENDALI pasukan kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Safiq Rahim dan Aidil Zafuan bersara dari peringkat antarabangsa, namun menghormati keputusan dua tonggak senior itu.

Kim Swee perlu segera mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka dan situasi ini memberi cabaran buatnya menjelang saingan Piala Suzuki AFF hujung tahun ini dan juga saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia awal tahun depan.

Namun, mereka sudah membuat keputusan walaupun kedua-dua pemain itu sebenarnya masih boleh menyumbang buat skuad senior kebangsaan.

"Ini akan merugikan pasukan kebangsaan, di mana kita tahu kredibiliti kedua-dua pemain ini bukan sahaja di dalam padang tetapi di luar padang.

"Namun, bagi saya, sudah tentu mereka ini sudah berbincang bersama keluarga dan saya harus hormatinya," katanya.

Kim Swee sedia menerima kedua-dua pemain itu jika situasi ini berubah, tetapi kini sudah ada perancangan memanggil tonggak senior yang mampu mengisi kelibat Aidil dan Safiq dalam pasukan.

Pengendali kelahiran Melaka ini kini sedang menimbang kemungkinan memanggil semula tonggak veteran Felda United, Shukor Adan, dan juga pemain berpengalaman Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, untuk memperkuat skuad negara.

"Setiap pasukan memerlukan pemain-pemain berpengalaman ataupun senior, di mana jika kita ingin melakukan peralihan, kita memerlukan pemain-pemain senior untuk membimbing pemain-pemain muda.

"Kalau kita lihat daripada carta Liga Super, Felda antara pasukan yang cukup konsisten. Ini membuktikan Shukor memainkan peranan yang cukup penting bukan sahaja di dalam padang, tetapi sebagai ketua pasukan di luar padang," jelas Kim Swee.

Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq, mengambil sikap 'kunci mulut' mengenai keputusannya untuk bersara daripada pasukan kebangsaan.

Semalam, Safiq menerusi kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers (JST) mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.

Kenyataan itu hadir sejam selepas seorang lagi pemain JDT, Aidil, mengambil keputusan yang sama.
SUMBER- http://www.astroawani.com/berita-sukan/indra-shukor-diintai-ganti-tempat-safiq-aidil-110943

Tahniah Indra Putra Mahayuddin diatas kejayaan mencatatkan 100 jaringan


Tahniah Indra Putra Mahayuddin diatas kejayaan mencatatkan 100 jaringan dalam saingan Liga Super Malaysia. Syabas!
 
#PFAM #PFAMalaysia #SupportingThePlayer #BuildingTheGame
Izham Ismail, Malaysian Football League and FA Malaysia
SUMBER-https://twitter.com/pfamalaysia

Pencapaian Indra sangat hebat - AFC


INDRA Putra Mahayuddin mencetak gol ke-100 dalam kariernya pada saingan Liga Super, Sabtu lalu.
29 April 2019 3:56 PM
 INDRA Putra Mahayuddin mencetak gol ke-100 dalam kariernya pada
PETALING JAYA 29 April - Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengucapkan tahniah kepada Indra Putra Mahayuddin, pemain Kuala Lumpur yang menjaringkan gol ke-100 dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu.


Bekas pemain negara itu adalah pemain pertama menjaringkan 100 gol dalam Liga Super yang dilancarkan pada 2004.


Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John berkata, ia merupakan pencapaian hebat oleh pemain berusia 38 tahun itu.

“Bagi usianya yang mencecah 38 tahun itu, mempunyai keinginan untuk bermain dan menjaringkan gol...semua orang perlu mengucapkan tahniah kepada beliau kerana anda (pemain) boleh memasuki perlawanan dan bermain dengan baik...melakukan semua percubaan tetapi masih tidak dapat gol.

“Begitupun dia yang bermain begitu lama sejak dari pasukan kebangsaan dan masih bermain sehingga kini, boleh menjaringkan 100 gol dalam banyak perlawanan, anda boleh tahu betapa bagusnya pemain ini,” katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia (WFS) peringkat Asia di sini hari ini.

Indra Putra menjaringkan gol ke-100 beliau dengan serangan cantik pada minit ke-41 ketika menentang PKNS pada perlawanan di Shah Alam. PKNS kalahkan Kuala Lumpur 3-2. – BERNAMA
SUMBER- UM ONLINE 29 April 2019 3:56 PM