Jumaat, 9
Februari 2018 | 5:55pm
KAPTEN Kuala
Lumpur, Indra Putra Mahayuddin (kiri) percaya tiada apa yang mustahil dalam
bola sepak jika pemain mempunyai azam untuk menang. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Indra gesa
rakan tenang hadapi JDT
Oleh Devinder
Singh
devinder@nst.com.my
KUALA LUMPUR:
Indra Putra Mahayuddin mahu rakan sepasukan mengambil pendekatan tenang apabila
Kuala Lumpur (KL) yang belum meledak gol bertemu juara Liga Super Johor Darul
Ta'zim (JDT) di Cheras esok.
Kapten KL itu
percaya ketumpulan skuad ibu kota itu di depan gawang berpunca daripada
kegagalan mereka mengekalkan ketenangan apabila peluang menjaringkan gol
muncul.
KL mencipta
banyak peluang ketika kekalahan 2-0 di tangan Selangor dan Negeri Sembilan
dalam dua perlawanan pertama, tetapi penyerangnya Guilherme De Paula masih
belum menemui sentuhan pembunuhnya yang menjelmakan 30 gol musim lalu.
"Saya
rasa sebab utama kami belum menjaringkan gol adalah kerana kami terlalu
bersemangat mahu mendapatkan jaringan," kata Indra yang menyertai juara
Liga Perdana 2017, KL musim ini dari Kelantan.
"Apabila
anda mencuba dengan bersungguh-sungguh, kadang kala anda kehilangan arah.
PENYERANG
Kuala Lumpur, Guilherme De Paula (kiri) masih belum menemui sentuhan
pembunuhnya. - Foto BERNAMA
"Ramai
yang merasakan kesilapan yang kami lakukan berpunca daripada individu tetapi
bagi saya, kami tewas sebagai satu pasukan dan menang sebagai satu pasukan.
"Setiap
pemain memikul tanggungjawab sama rata apabila tewas dan kami tidak menyalahkan
sesiapa.
"Saya
harap pemain-pemain mengekalkan tumpuan mereka dan memberikan persembahan
terbaik bertemu JDT, yang kita semua tahu adalah pasukan terkuat di negara ini.
"Kami
akan cuba melakukan sesuatu kerana tiada apa yang mustahil dalam bola sepak.
Jika kami mempunyai azam untuk menang, Insya-Allah kami akan berjaya."
JDT sudah
mengumpul enam mata daripada dua perlawanan selepas menewaskan Kedah 2-1 dan
PKNP FC 3-0 di Larkin, namun jurulatih KL, Fabio Marcel percaya juara liga itu
mempunyai titik kelemahan mereka.
"Kami
menghormati JDT, mereka kelab yang besar, tetapi ketika kekalahan kepada
Muangthong United dalam Liga Juara-Juara AFC, mereka membuktikan yang mereka juga
ada kelemahan," kata Maciel.
"Di sini
pasukan-pasukan terlalu memberikan ruang kepada mereka untuk bermain tetapi
apabila kelab bermain secara terbuka dengan JDT, mereka akan berdepan
masalah."
Pemain sayap
Zaquan Adha Abd Radzak dijangka mengisi kesebelasan utama KL selepas untuk
berdepan kelab lamanya .
SUMBER –BERITA
HARIAN ONLINE Jumaat, 9 Februari 2018 | 5:55pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan