Isnin, 29
April 2019 | 9:25pm
INDRA Putra
Mahayuddin.
Windsor tabik
Indra
Oleh Zulfaizan
Mansor
zulfaizan@mediaprima.com.my
KUALA LUMPUR:
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul John kagum
dengan pencapaian Indra Putra Mahayuddin yang berjaya meledak jaringan ke-100
sepanjang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).
Menurut
Windsor, bukan mudah untuk seseorang pemain meledak jaringan hingga angka 100
apatah lagi dengan usia Indra yang akan mencecah 38 tahun September ini.
Justeru
katanya, ia satu pencapaian yang cemerlang daripada Indra dan semua orang perlu
mengucapkan tahniah kepada pemain veteran yang kini mewakili Kuala Lumpur dalam
Liga Super.
"Pada
usia 38 tahun, tapi memiliki keinginan tinggi untuk menjaringkan gol. Setiap
orang perlu ucap tahniah kerana anda mungkin boleh beraksi dan melakukan
percubaan tetapi belum tentu dapat menjaringkan gol,” kata Windsor.
"Indra
pemain yang bagus, semua orang tahu dan kariernya sangat panjang dalam bola
sepak termasuk mewakili skuad kebangsaan."
Indra meledak
gol ke-100 pada aksi Kuala Lumpur berdepan PKNS FC di Stadium Shah Alam, Sabtu
lalu hasil sepakan lencong yang menarik.
SUMBER BERITA
HARIAN ONLINE Isnin, 29 April 2019 | 9:25pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan