Selasa, 20 Oktober 2020

Ganti Indra, Afif ada kesan kalah

-21 Disember 2014

Pemain Malaysia selepas tewas pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur, semalam.  - Bernama
    Pemain Malaysia selepas tewas pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama     Pemain Malaysia selepas tewas pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama

KEGAGALAN pemain untuk bertahan sepanjang 90 minit perlawanan menjadi punca skuad Harimau Malaya gagal meraih kejuaraan Piala AFF Suzuki 2014 yang melabuhkan tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, kata Ketua Jurulatihnya Dollah Salleh.

Thailand kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik di sini namun muncul juara susulan kemenangan 2-0 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Rabu lepas untuk muncul juara dengan keputusan agregat 4-3.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, pemain hanya mampu bertahan selama 70 minit dan kemudian hilang punca sehingga menyebabkan Thailand mengambil kesempatan," katanya kepada pemberita selepas aksi final kedua, malam tadi.

Dollah menjelaskan, keputusan mengeluarkan pemain sayap, Indra Putra Mahayuddin dan pemain pertahanan, Mohd Afif Amiruddin yang memainkan peranan besar pada perlawanan itu ekoran masalah kecederaan, turut menjadi punca kepada kekalahan itu.

Dalam pada itu, beliau berpuashati dengan pencapaian yang diraih oleh skuad kebangsaan walaupun hanya diberi tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu.

"Saya hanya dapat membuat persediaan lebih kurang sebulan dan kejayaan mengalahkan Thailand merupakan satu bonus bagi saya. Sekiranya diberi masa yang lebih panjang, saya mampu buat persediaan lebih rapi," jelas pengendali kelahiran Melaka itu.

Berkongsi pandangan yang sama adalah penyerang, Mohd Amri Yahyah yang berpuashati dengan kemenangan malam ini walaupun gagal meraih kejuaraan buat kali kedua selepas 2010 di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

"Saya bersyukur kita dapat beraksi di final walaupun persiapan pasukan agak singkat. Semua pemain beri komitmen tinggi dalam setiap perlawanan," kata pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Thailand Kiatisuk Senamuang gembira kerana pasukan Thailand meraih kejohanan keempat bola sepak Asean selepas tiga edisi Piala Tiger sebelum ini pada tahun 1996, 2000 dan 2002.

Beliau adalah antara pemain Thailand yang menumpaskan Malaysia pada perlawanan akhir Piala Tiger di Singapura pada tahun 1996 dan pada malam ini beliau mengecapinya sebagai seorang jurulatih.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pemain (untuk kemenangan ini).  Sebelum kami datang ke sini, kami membawa kelebihan dua gol tetapi setelah ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, saya berasa kelainan bermain di hadapan lebih daripada 90,000 penyokong.

Semasa rehat, saya memberitahu pemain saya untuk bangkit kembali dan mereka berjaya. Saya bangga dengan semua pemain kerana tidak berputus asa, kata Kiatisuk. – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 21.12.14

Rabu, 14 Oktober 2020

Kuala Lumpur mula menjerit

ZURAIMEE ZAINAL | | 14 Oktober 2020




Kuala Lumpur bakal berdepan Kuching FA pada aksi terakhir Liga Premier di Cheras 31 Oktober ini. - Foto FB Kuala Lumpur Hawks
KUALA Lumpur cukup terkejut dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang menetapkan 31 Oktober ini sebagai tarikh baharu aksi terakhir Liga Premier berdepan Kuching FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa berkata, skuad kendalian Mohd Nidzam Adzha Yusoff itu bakal berdepan masalah tidak dapat turun ke padang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan kelmarin.
Menurut Nokman, beliau bimbang tanpa latihan sepanjang tempoh PKPB itu akan menjejaskan momentum barisan pemain Kuala Lumpur walaupun ia sekadar perlawanan pelengkap jadual Liga Premier musim ini.
“KLFA ambil serius apa yang diputuskan MFL hari ini (semalam). Tambahan pula ia aksi terakhir liga yang amat-amat dinantikan semua pemain sebagai penutup tirai Liga Premier di laman sendiri setelah kami berjaya mengesahkan slot ke Liga Super 2021.
“Ikutkan jika pemain-pemain tidak berlatih sehari pun, tahap kecergasan mereka boleh menurun... inikan pula dalam tempoh dua minggu. Saya berharap MFL dapat melihat kembali perkara ini.
“Jadi kami minta jasa baik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL untuk mempertimbangkan dalam tempoh PKPB ini sahaja membenarkan pemain-pemain Kuala Lumpur turun berlatih,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam tadi hingga 27 Oktober ini ekoran peningkatan kes pandemik Covid-19.
Mengulas lanjut, Nokman berkata, pihaknya sedia mengikuti setiap arahan yang dikeluarkan bagi membolehkan mereka menjalani latihan dalam tempoh PKPB.
“Sebelum ini pun kami sudah melakukan swab test dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta MFL.
“KLFA juga telah mengeluarkan arahan kepada pemain, jurulatih dan pegawai pasukan untuk tidak mengunjungi ke tempat-tempat lain, sebaliknya hanya keluar dari rumah ke tempat latihan,” ujarnya.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105228/BERITA/Sukan/Kuala-Lumpur-mula-menjerit© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Isnin, 12 Oktober 2020

Dollah enggan silap pilih pemain

MyMetroNode



Kelana Jaya: Jurulatih negara Dollah Salleh akan memutuskan senarai 23 pemain untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste dan Palestin hari ini, namun pada masa sama mahu lebih berhati-hati agar tidak tersilap memilih pemain.

Sehingga kini kami (jurulatih) masih berbincang, sudah ada gambaran.

Saya akan memuktamadkan senarai pemain esok (hari ini). Saya agak khuatir jika kita melakukan kesilapan dalam memilih pemain.

Esok (hari ini) latihan akan lebih tertumpu kepada 23 pemain yang terpilih terutamanya dalam memantapkan kesebelasan utama,” katanya.

Dollah bagaimanapun dijangka tidak dapat menggunakan khidmat pertahanan Sarawak Ronny Harun yang dilihat mengalami kecederaan dan tidak turun menjalani latihan semalam.

Seramai 31 pemain berada dalam kem latihan pusat sejak penghujung bulan lalu dengan lapan pemain akan digugurkan.

Skuad negara akan mengadakan aksi persahabatan menentang Hong Kong pada Sabtu sebelum aksi menentang Timor Leste dan Palestin.

Mengenai kapten Harimau Malaya, Dollah membayangkan perancang tengah Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim bakal menggalas tugas berkenaan.

Safiq diberikan tanggungjawab berkenaan ketika aksi persahabatan menentang Kuantan FA beberapa hari lalu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 8:53 AM