Rabu, 30 September 2020

KL mahu juarai Liga Perdana

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas berjaya mengesahkan tiket ke saingan Liga Super musim depan, pasukan Kuala Lumpur kini mengalih tumpuan dengan misi memburu kejuaraan Liga Perdana.

Skuad Warga Kota dan Pulau Pinang yang akan beraksi di Liga Super akan bersaing sesama sendiri untuk menentukan pasukan mana yang lebih layak menjulang trofi Liga Perdana dengan masing-masing hanya dipisahkan tiga mata.

Lantas berbaki dua aksi untuk ditamatkan, Kuala Lumpur yang berada di tangga kedua dengan 20 mata mahu memungut mata penuh dalam dua aksi itu sambil berharap Pulau Pinang kehilangan mata.

Menurut pengendali Kuala Lumpur, Nidzam Adzha Yusoff, beliau gembira dengan kejayaan layak ke Liga Super kerana pemain pernah berjanji pada awal musim untuk kembali ke Liga Super selepas tersingkir pada musim lalu.

Katanya, baki perlawanan akan dimanfaatkan sebaiknya dan cuba merampas tangga pertama daripada skuad Harimau Kumbang.

"Berbaki dua perlawanan lagi, kami akan cuba mendapatkan enam mata maksimum untuk cuba mengejar kedudukan pendahulu liga.

"Kita tengok bagaimana peluang kita namun secara keseluruhan, saya berpuas hati kerana kita akan ke Liga Super, musim depan," katanya.

Namun, Nidzam kurang berpuas hati dengan kerapuhan di barisan pertahanan terutamanya ketika aksi menentang Selangor II minggu lalu yang menyaksikan anak buahnya menang 5-4."Ketiadaan Paulo Josue dan Shukor Adan memang buatkan aksi kami kucar kacir kerana tiada jeneral yang boleh bagi arahan di atas padang dan kami akan analisis perlawanan ini sepenuhnya kerana terkejut bagaimana lawan boleh dapatkan tiga gol dalam tempoh yang singkat.

"Tidak pernah kami bolos empat gol dalam satu perlawanan setakat ini namun saya gembira pengalaman yang ada pada Indra Putra Mahayuddin menjadi penyelamat untuk kira raih kemenangan," katanya.Selepas ini, Kuala Lumpur akan meneruskan aksi liga dengan menentang Perak II di Stadium Manjung, Jumaat ini manakala Pulau Pinang menanti kunjungan Kelantan United di Stadium Bandaraya juga pada hari sama.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 9:09 PM

Rabu, 23 September 2020

Felda United tetap waspada



Oleh TAUFIK SALIMIN

taufik.salimin@kosmo.com.my

IRFAN (kanan) memberi taklimat kepada barisan pemainnya menjelang aksi menentang Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

FELDA United tetap merendah diri walaupun dianggap antara pasukan paling garang pada kempen Piala Malaysia 2014.

Mereka tetap menghormati pasukan lawan dan tidak mahu berasa megah disebalik beberapa kejutan yang telah dilakarkan pada perlawanan pusingan pertama peringkat Kumpulan A sebelum ini.

Malam ini, mereka akan sekali lagi berdepan juara bertahan, Pahang pada aksi kedua peringkat kumpulan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Salim telah mengingatkan agar berhati-hati dengan kebangkitan Pahang yang mereka tewaskan 3-2 pada perlawanan ketika di Kuantan pada Sabtu lalu.

Selepas selesai tiga perlawanan pada pusingan pertama, Felda United kini menjadi pendahulu Kumpulan A dengan tujuh mata dan kini mereka berazam mahu meneruskan rentak cemerlang itu, sekali gus berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan untuk mara ke peringkat suku akhir.

Namun, Irfan Bakti mengeaskan agar para pemainnya tidak terlalu ghairah dengan kejayaan tersebut, sebaliknya harus sentiasa berwaspada kerana Pahang sudah pasti berhajat besar untuk menumpaskan pasukannya pada perlawanan kedua ini.

"Apa yang saya harap ialah agar para pemain kekal fokus dan sentiasa mengawasi pemain-pemain Pahang di setiap sudut kerana mereka sudah pasti mahu membalas dendam terhadap kekalahan pada Sabtu lalu.

"Saya mahu pemain berpijak di bumi nyata dan jangan terlalu teruja dengan kemenangan yang dilakar baru-baru ini.

"Perkara itu sudah berlalu dan pemain perlu pandang ke hadapan kerana saingan semakin mencabar serta sukar," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Irfan Bakti mengakui, kebangkitan yang ditunjukkan para pemainnya semasa menentang skuad Tok Gajah minggu lalu ternyata cukup positif dan komitmen yang diberikan seluruh pasukan cukup mengagumkan.

Menurutnya, jika dahulu Felda United dilabel pasukan belasahan tetapi keupayaan menundukkan juara Piala Malaysia musim lalu itu menjadi medan kekuatan pasukan bimbingannya.

"Justeru, saya mengharapkan agar pemain mengekalkan komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang ditunjukkan minggu lalu kerana Pahang semestinya mempunyai strategi untuk mengalahkan kami.

"Saya juga mengingatkan pemain terutamanya di bahagian pertahanan agar tidak mengulangi kesilapan mudah," ujarnya.

Jurulatih itu juga mahukan pasukannya tidak mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri dan perlu melakar kemenangan untuk memastikan slot ke pusingan seterusnya terjamin.

"Diharap perlawanan malam esok (malam ini) boleh mencipta keputusan terbaik untuk terus membuka peluang buat Felda United layak ke suku akhir pada saingan Piala Malaysia kali ini," jelasnya.SUMBER-KOSMO ONLINE 26.8.14

Ahad, 20 September 2020

BARISAN PEMAIN MALAYSIA YANG MENGALAHKAN SINGAPURA 3-1 PADA 26.11.14

 OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

NO

NAMA PEMAIN

KAPS

GOL

01

FARIZAL MARLIAS

26

0

22

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

29

0

02

AFIF AMIRUDDIN

04

0

04

MAHALI JASULI

41

02

21

MUHAMMAD ZUBIR AZMI

18

0

27

FADHLI SHAS

36

0

12

SHUKOR ADAN

51

03

15

GARY STEVEN ROBBAT

09

0

16

S.KUNALAN

54

0

19

AZAMUDDIN AKIL

27

4

09

NORSAHRUL IDLAN TALAHA

47

05

17

MOHD AMRI YAHYA

36

8

08

SAFIQ RAHIM

54

10

23

BADROL BAKHTIAR

32

3

13

INDRAPUTRA MAHAYUDDIN

48

16

03

HAFIZ KAMAL

07

0

10

SAFEE SALI

63

22

11

AZMI MUSLIM

21

0

14

MANAF MAMAT

08

02

18

BADHRI RADZI

06

0

24

MUSLIM AHMAD

24

0

28

MOHD KHAIRULAZHAN KHALID

01

0


Jumaat, 18 September 2020

'Indra Putra diam-diam ubi berisi'



ZURAIMEE ZAINAL | | 17 Jun 2020Khidmat Indra masih ditagih oleh kebanyakan pasukan sehingga saat ini.
KAPTEN Pulau Pinang, Azmi Muslim melabelkan penyerang berpengalaman yang juga bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin seperti diam-diam ubi berisi kerana merupakan seorang pendiam namun berbisa di atas padang.
Walaupun hanya sempat menjadi rakan sepasukan bagi setengah musim di Kuala Lumpur pada musim lalu, Azmi berasakan pengalaman beraksi dengan pemain berusia 39 tahun itu sebagai sesuatu yang sangat bermakna.Jelas Azmi, komitmen yang lebih 100 peratus ditunjukkan Indra selain bijak membaca permainan menjadikan dia seorang pemain istimewa berbanding pemain lain.
"Sebelum ini saya mula mengenalinya ketika pernah bersama-sama dalam pasukan kebangsaan tetapi pada pengalaman pertama, saya lihat dia seorang yang tidak banyak bercakap."Namun lama kelamaan, saya dapati itu memang karakternya dan apabila kami bermain bersama, kerajinan Indra dia atas padang memang buat saya kagum serta luar biasa sama ada dalam latihan atau perlawanan sebenar."Satu lagi Indra ini cukup bijak dalam membaca permainan, yang mana dia boleh tempatkan dirinya di mana bola itu akan berada terutama dalam kawasan lawan.
"Mungkin itu sebab khidmat Indra masih ditagih oleh kebanyakan pasukan sehingga saat ini malah dia seorang yang tidak lokek berkongsi ilmu dengan pemain-pemain muda," katanya.
Indra menjadi antara pemain dalam Pilihan Best XI Azmi dalam formasi 4-1-4-1 yang turut memilih Farizal Marlias selaku penjaga gol diikuti Asraruddin Putra Omar, Norhafiz Zamani Misbah, Ramez Dayoub dan Rizal Ghazali di barisan pertahanan.
Hariss Harun bertindak selaku pemain tengah yang berfungsi melindungi barisan pertahanan sementara pemain lain ialah Safiq Rahim, Ashari Samsudin, Baddrol Bakhtiar bersama Indra.
Bekas penyerang Kedah, MK Land dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James menjadi pilihan Azmi selaku penyerang tunggal.

Azmi juga menyifatkan Marlon sebagai penyerang yang sukar dicari di saingan Liga Malaysia kerana kualitinya yang menakjubkan di depan gawang lawan.
"Marlon ini saya ibaratkan kalau dapat peluang di depan pintu gol, sudah pasti dia akan buat jaringan kerana sentuhan penyudahnya amat berbisa."Saya juga jarang jumpa penyerang sepertinya kerana dia boleh merembat melalui kaki kiri dan kanan malah tandukannya cukup berbisa.
"Kualiti fizikalnya memang sempurna untuk menjadi seorang penyerang dan sebagai pemain pertahanan, saya akui susah untuk merantai pergerakan Marlon," katanya yang pernah menjadi rakan sepasukannya pada musim 2012 di ATM.
Artikel Penuh SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/88286/BERITA/Sukan/Indra-Putra-diam-diam-ubi-berisi© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Isnin, 14 September 2020

Kuala Lumpur fokus capai sasaran

 SUKAN



KONE (kiri) berjaya meledak dua gol buat Kuala Lumpur ketika menewaskan TFC II pada aksi Liga Premier, Sabtu lalu. - FB KUALA LUMPUR HAWKS

Kuala Lumpur fokus capai sasaran

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH

14 September 2020, 7:42 pm

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Muhammad Nidzham Adzha Yusoff enggan menjadikan pertemuan menentang Pulau Pinang sebagai penentu kepada kejuaraan Liga Premier musim ini.

Bagi Nidzham, beliau lebih berminat memberikan fokus sepenuhnya untuk mencapai sasaran pihak pengurusan iaitu layak ke pentas Liga Super musim depan sebagai dua pasukan terbaik Liga Premier.

Saya tidak fikirkan apa-apa mengenai kejuaraan liga walaupun ramai mengatakan aksi dengan Pulau Pinang selepas ini umpama penentu kejuaraan. Matlamat saya sama seperti ditetapkan pengurusan iaitu layak ke Liga Super 2021,” katanya.Dalam masa sama, Nidzham memuji kecemerlangan barisan pemainnya selepas menang besar 4-1 ke atas pasukan tangga ketiga, Terengganu FC II (TFC II) dalam aksi ketujuh Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu lalu.

Empat gol Kuala Lumpur diperoleh menerusi dua jaringan Kouassi Francis Kone dan masing-masing satu daripada Paulo Josue serta Zhafri Yahya.

PARA pemain Kuala Lumpur meraikan kejayaan menewaskan TFC II 4-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. – FB KUALA LUMPUR HAWKS

Kami berjaya menghukum lawan yang bermain dengan skuad tidak seimbang kerana menggunakan empat pemain import di bahagian serangan.

Kami telah mengkaji aksi pasukan lawan yang menggunakan empat pemain tempatan di barisan pertahanan, jadi kami mengambil kesempatan daripada aspek itu.

Bagaimanapun, masih ada aspek yang perlu diperbaiki dalam setiap perlawanan,” jelas Nidzham.

Kemenangan itu menyaksikan Kuala Lumpur kekal menghuni tangga kedua menerusi kutipan 15 mata sama dengan Pulau Pinang yang kini menerajui carta Liga Premier berdasarkan perbezaan jumlah jaringan gol.


Pertemuan Kuala Lumpur dengan Pulau Pinang pada Sabtu ini amat menarik untuk disaksikan kerana kedua-dua pasukan masih belum mencatatkan kekalahan daripada tujuh perlawanan setakat ini. SUMBER– K! ONLINE