Isnin, 29 April 2019

Indra Putra bersama Kuala Lumpur 2018


 DEC 03, 2017           HIT: 1019 WRITTEN BY  SUPER USER
    
Indra Putra bersama Kuala Lumpur 2018
Indra Putra Mahayuddin disahkan akan menyarung jersi Kuala Lumpur untuk musim 2018 nanti. Sebagai seorang pemain yang banyak membantu mencipta kejayaan bersama Kelantan dan pemain senior yang paling bernilai musim 2017, seluruh penyokong Kelantan mengucapkan Selamat maju jaya,  Terima kasih atas jasa dan sumbangan.

indra putra kl 2018

Rata-rata ramai penyokong Kelantan berasa kecewa dengan kegagalan KAFA dalam mengekalkan Indra Putra untuk musim 2018, namun apakan daya mungkin KAFA ada alasannya tersendiri untuk tidak mengekalkan pemain ini. Selaku penyokong setia, kita harus berlapang dada dan menanti sepak mula musim 2018 dengan penuh yakin kepada pengurusan baru KAFA 2018.

Pelaburan bagi membina kembali pasukan ini bukan satu jumlah yang kecil, ditambah lagi dengan bebanan hutang mencecah RM8 juta seperti yang diumumkan oleh presiden KAFA semalam, menunjukkan KAFA amat memerlukan sokongan semua untuk membina pasukan ini samada sokongan  penajaan mahupun sekadar sokongan moral.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan