DECEMBER 12,
2017 BY EDITOR
FAKTOR usia
tidak pernah menjadi ukuran kepada jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel apabila
memilih pemain untuk mewakili pasukan itu sebaliknya prestasi di atas padang
menjadi kriteria utama.
Beliau merujuk
kepada Indra Putera Mahayuddin, 36, antara muka baharu yang dibawa masuk untuk
memperkukuhkan cabaran Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super musim depan.
Pada ketika
ramai menganggap Indra kini sudah menghampiri penghujung kariernya, Maciel pula
melihat sebaliknya apabila menganggap pemain berkenaan sebagai aset yang
berharga untuk skuad warga kota itu.
Malah,
jurulatih kelahiran Brazil itu yakin kehadiran Indra akan membawa impak besar
kepada usaha The Hawks menjadi pesaing utama Liga Super.
“Saya bukan
membawa masuk Indra sekadar untuk menjadi pelengkap pasukan sebaliknya mahu
memberinya peranan utama dalam misi kami musim depan.
“Usia bukan
ukuran kerana apa yang lebih penting adalah prestasi. Walaupun sudah berusia 36
tahun namun saya lihat dia masih mampu menyaingi kecergasan pemain muda.
“Sudah tentu
pengalaman dimiliki menjadikan dia sebagai pemain yang lebih lengkap. Kedua-dua
faktor inilah yang menjadi tarikan utama saya ke atas Indra.
“Saya yakin,
dengan disiplin serta komitmen yang ditunjukkan Indra terhadap kariernya, dia
masih mampu bermain beberapa tahun lagi.
“Saya tidak
akan terkejut jika suatu hari kelak, dia mampu mencipta sejarah sebagai pemain
tertua beraksi dalam Liga Malaysia,” kata Maciel.
Indra adalah
antara muka lama yang masih mewarnai Liga M dengan pengalaman mewakili Perak,
Pahang, Selangor, Kelantan, T-Team dan FELDA United sejak memulakan karier
profesional pada 1998.
Sepanjang
hampir 20 tahun beraksi, dia telah menikmati semua kejuaraan domestik. Antara
pencapaian terbaiknya adalah memacu Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 2010
dan 2012 dan Piala FA pada 2012 dan 2013.
Selain pernah
menikmati kejuaraan Liga Super 2004 dan Piala FA 2006 bersama Pahang, dia juga
turut membantu negeri kelahirannya, Perak, memenangi Liga Perdana 1 pada 2002
dan 2003.
SUMBER- http://infomamak.com/indra-putra-mahyuddin-nadi-kebangkitan-kl/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan