SUKAN»Bola
Ahad, 28 April
2019 | 7:53pm
AKSI Indra
Putra Mahayuddin (kiri) menanduk bola melepasi pemain PKNS FC, K Gurusamy dan
Muhammad Akram Mahinan pada saingan Liga Super 2019 Stadium Shah Alam, semalam.
- NSTP/Roslin Mat Tahir
Indra ledak
gol ke-100 Liga Super
Oleh Syafiq
Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR:
Stadium Shah Alam menjadi saksi penyerang veteran, Indra Putra Mahayuddin
mengukuhkan statusnya sebagai legenda bola sepak negara apabila muncul pemain
pertama meledak 100 gol dalam saingan Liga Super.
Malah,
jaringan ke-100 itu dilakar dengan penuh bergaya - menerusi percubaan lencong
yang menewaskan penjaga gol PKNS FC, Mohd Zarif Irfan Hashimuddin di penghujung
babak pertama sekali gus membantu skuad The Hawks mengurangkan defisit gol.
Bagaimanapun,
jaringan terbabit nyata belum cukup untuk membantu Kuala Lumpur selepas mereka
terpaksa akur tumbang 3-2 di tangan skuad Semut Merah pada aksi Liga Super,
semalam.
Sebagai rekod,
bekas pemain kebangsaan itu meledak gol pertamanya ketika beraksi bersama
Pahang dan jaringan sulung itu dilakar ketika menentang Sabah pada 21 Februari
2004.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Ahad, 28 April 2019 | 7:53pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan