Oleh Hasbullah Ibrahim
bhsukan@bh.com.my
BARISAN pemain The Red Warriors
(TRW) memperagakan jersi baharu pasukan bola sepak Kelantan 2017 di Majlis
Pengenalan Konsortium Penaja Al-Hamra dan Pelancaran Jersi TRW 2017 di Pusat
Dagangan Kelantan (KTC) Kota Bharu. Foto NSTP Syamsi Suhaimi
KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA), hari ini memperkenalkan barisan pemain skuad The Red Warriors
(TRW), termasuk empat pemain import untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim
ini.
Selain mengekalkan seorang import
musim lalu, Margano Gomis dari Senegal, tiga pemain import baharu adalah
pertahanan, Mamadou Danso, 33, dari Gambia serta dua penyerang iaitu Alessandro
Padovani Celin, 27, dari Brazil dan Mohammed Mahmoud Ghaddar, 33, dari Lubnan.
Pemain tempatan terdiri daripada
30 peratus muka lama seperti Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Badhri Radzi, Indra
Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Mohamad dan Mohd Farisham Ismail.
Muka baharu pula adalah Mohammad
Ab Aziz Ismail, S Subramaniam, S Thinagaran (ATM), Hattaphon Bun An dan
beberapa pemain skuad Piala Presiden 2016.
Majlis di Dewan Konvensyen,
Kelantan Trade Centre (KTC) yang turut dimeriahkan dengan pelancaran jersi
baharu TRW disempurnakan oleh Penasihat KAFA, yang juga bekas Presidennya, Tan
Sri Annuar Musa.
Yang turut hadir, Pemangku
Presiden KAFA, Datuk Seri Affandi Hamzah; Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi
Ismail; Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, barisan Exco dan penaja rasmi
musim ini.
Penaja utama pasukan Kelantan
ialah Kumpulan Konsortium Al Hamra, RedONE Malaysia dan Chengal Jati.
Annuar berkata, TRW menyasarkan
terus kekal beraksi dalam saingan Liga M dan berada di kedudukan 10 terbaik
carta liga Super musim ini.
"Saya juga bakal menjadikan
TRW pasukan terkuat bermula tahun ini dengan mengumumkan 2018 sebagai tahun
bola sepak Kelantan.
"Malah, TRW pasukan yang
berbelanja paling kecil pada tahun ini berbanding pasukan lain dengan
mendaftarkan 31 pemain. Ini kali pertama dalam sejarah bola sepak negeri ini
TRW membayar gaji import paling murah berbanding pemain tempatan," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat,
20 Januari 2017 | 3:30pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan