SABTU 30.814
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
sukan@utusan.com.my
DARI KIRI : Indra Putra
Mahayuddin, Shukor Adan
KUALA LUMPUR - Jurulatih negara
Dollah Salleh membuat kejutan apabila menamakan dua pemain veteran, Shukor
Adan dan Indra Putra Mahayuddin dalam skuad 29 pelatih bagi siri tiga
perlawanan pemanas badan menjelang Kejohanan AFF November depan.
Kedua-dua tonggak Felda United
itu tidak pernah berada dalam perancangan jurulatih terdahulu, Datuk K.
Rajagobal. Kali terakhir mereka menyarung jersi negara ialah ketika kelayakan
Piala Asia 2009 di bawah bimbingan B. Sathianathan.
Panggilan ini juga umpama hadiah
ulang tahun kelahiran ke-33 buat Indra Putra pada Selasa depan kerana dua hari
kemudian, dia mula melapor diri ke kem latihan pusat negara di Wisma FAM,
Petaling Jaya.
Shukor, 35, pula pernah menjadi
ketua pasukan negara dalam kelayakan itu selain membantu Malaysia menjuarai
Pestabola Merdeka 2007.
Dollah turut menyenaraikan
penjaga gol Polis, Azizon Kadir, 34, yang kali terakhir bermain buat negara
dalam Piala Asia 2007 selain memanggil lapan lagi yang tidak tersenarai ketika
dibenam Tajikistan 4-1 8 Ogos lalu.
Mereka ialah Azmi Muslim
(Selangor), Zairul Fitree Ishak (Kelantan), Mohd. Afif Amiruddin, Ahmed Ezrie
Shafizie Sazali (Polis), Razman Roslan (Pahang), Abdul Manaf Mamat
(Terengganu), Ronny Harun dan Joseph Kalang Tie (Sarawak).
Satu lagi kejutan ialah
tersenarainya semula Khairul Azhan Khalid biarpun penjaga gol Pahang itu
dikatakan tercedera tangan ketika kempen Piala Malaysia yang sedang
berlangsung.
Tanpa Aidil Zafuan Abd. Radzak
yang mengetuai pasukan ketika menentang Tajikistan kerana berkemungkinan besar
menyertai skuad bawah 23 ke Sukan Asia Incheon bulan depan, Dollah perlu
melantik pemain lain sebagai ketua pasukan.
Skuad Dollah dijadualkan bermain dalam
lima perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan untuk Kejohanan
AFF.
Mereka akan menentang Indonesia
dan Kemboja pada 14 dan 20 September di tempat lawan dan Jordan di Stadium Shah
Alam, Selangor (11 Oktober) manakala tarikh perlawanan dengan Syria dan Vietnam
masih belum ditentukan.
Malaysia diundi dalam Kumpulan B
di Singapura dengan tuan rumah yang juga penyandang juara serta naib juara
2012, Singapura dan Thailand selain juara pusingan kelayakan, Oktober ini.Jurulatih
Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee turut menamakan penjaga gol senior negara,
Khairul Fahmi Che Mat dan Ronny dalam senarai sembilan pemain simpanan jika ada
kejadian luar dugaan seperti kecederaan menimpa antara 25 pemain yang
disenaraikan awal.Juga dalam senarai menunggu itu ialah D. Kelly Pallraj, K.
Satish, Ridzuan Abdunloh Pula, Nurridzuan Abu Hassan Saari, Aminuddin Mohd.
Noor, Arip Amiruddin dan Wan Zack Haikal Wan Noor.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140830/su_01/Shukor-Indra-dipanggil-selepas-5-tahun#ixzz3BovwJCRI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan