Khamis, 6 Mei 2021

Nidzam dan Indra Putra Contoh Produk Muda Sukan SEA 2001 Yang Berjaya

Indra Putra Mahayuddin 2001



Seperti Nidzam, Sukan SEA 2001 merupakan tahun kelahiran yang 20 bagi pemain ini. Juga tampil dalam kesemua 5 perlawanan pada edisi tersebut.

Pemain serangan ini bersama Hairuddin Omar, Akhmal Rizal Rakhli dan Nizaruddin Yusof menjadi pemain penting bahagian serangan Alan Harris.

Kombinasi ini menghasilkan 8 gol dari 10 jaringan yang membawa Malaysia mara ke perlawanan akhir. Indra menyumbang 1 dari 8 gol tersebut.

Tidak seperti Nidzam, Indra mempunyai karier sebagai pemain yang cemerlang. Ketika Nidzam perlu bersara awal, pemain ini masih kekal sebagai pemain walaupun sudah berusia 38 tahun.

Indra Putra Mahayuddin

September 2019 menyaksikan bekas penyerang Malaysia ini berjaya merekod jaringan ke-100 peribadi di Liga Super ketika bersama Kuala Lumpur.

Pemain kelahiran Ipoh, Perak ini meraih semua trofi domestik sepanjang beraksi bersama 7 pasukan sejak 20 tahun lepas.

Ketika Nidzam menjadi jurulatih paling berbakat dalam skuad Sukan SEA 2001, Indra tampil menjadi pemain paling berjaya dari skuad itu.1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan