Ahad, 29 Disember 2019

Piala FA: Selangor tersingkir, Perak selamat


ARKIB : 30/03/2006

KUALA LUMPUR - Penyandang juara, Selangor tersingkir manakala Naib Juara, Perak terselamat untuk layak ke suku akhir selepas mengharungi perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA, semalam.

Turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir ialah Pahang, Sarawak, Negeri Sembilan Naza, Terengganu, Perlis, NTFA dan Singapura Bawah 23.

Di Stadium Perak, beraksi dengan sepuluh pemain namun Perak masih mampu menewaskan Kelantan 3-2 untuk mara ke suku akhir.

Dua gol menerusi Keita Mandjou pada minit ke-16 dan 90 sudah cukup mengesahkan kehebatan Perak walaupun pada satu ketika beraksi dengan sepuluh pemain apabila Mohd Nor Ismail dilayangkan kad merah pada minit ke-45.

Satu gol lagi milik Perak dijaringkan oleh Shahrul Nizam Mustafa pada minit ke-63 manakala gol tunggal Kelantan dicipta oleh Haruna Al Hassan pada minit ke-33.

Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pahang meraikan kejayaan ke suku akhir selepas seri 2-2 dengan Selangor.

Bernard Tchoutang membuka tirai jaringan pada minit ke-22 bagaimanapun Selangor menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Bambang Pamungkas pada minit ke-44.

Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol kedua pelawat pada minit ke-71 tetapi Bambang menyamakan kedudukan 2-2 namun Pahang mara ke suku akhir menerusi agregat 3-2.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Terengganu menewaskan MPPJ 2-1.

MPPJ membuka tirai jaringan menerusi Haris Safwan pada minit ke-46 tetapi tuan rumah menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Sharlei Mirandha minit ke-61.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan oleh Shahrul Ezrein Shamsuddin pada minit ke-84.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4kpwTeDlo
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan