SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 16
Februari 2020
Sathiananthan menyifatkan Indra
Putra sebagai seorang pemain yang unik dan sukar ditemui di negara ini.
PRESIDEN Persatuan Jurulatih
Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menyifatkan Indra Putra Mahayuddin
seorang pemain yang unik dan sukar ditemui di negara ini.
Menurutnya, peluang membimbing
pemain itu ketika mengemudi Kelantan pada musim 2009/2010 lalu jelas
menunjukkan Indra Putra sebagai seorang pemain yang memiliki komitmen tinggi
terhadap dunia bola sepaknya.
Menurutnya, komitmen itu dapat
dilihat menerusi tahap disiplin ditunjukkannya pada sesi latihan termasuk dalam
perlawanan sebenar.
“Sepanjang mengenali Indra Putra,
saya dapati dia seorang pemain yang betul-betul komited. Semasa latihan dan
juga ketika bermain dia serius.
“Dia pemain yang mula-mula datang
pada sesi latihan dan berlatih bersungguh-sungguh. Pada saya, dia boleh jadi
role model terbaik kepada pemain muda.
“Sudah tentu kalau saya
jurulatih, pasti saya berbangga kalau dia ada dalam pasukan saya,” katanya,”
kepada Sukan Sinar.
Sathianathan berkata demikian
bagi mengulas keazaman pemain skuad Liga Super, Kuala Lumpur itu yang mahu
terus beraksi dalam kancah liga di negara ini.
Malah Indra Putra juga sebelum
ini dikhabarkan bertekad untuk menjaringkan lebih banyak gol pada saingan Liga
Malaysia (Liga-M) 2020.
“Pada usia 39 tahun, saya tidak
lihat dia seakan mahu berhenti bermain. Dia kelihatan tidak pernah mahu
berhenti dan dia telah berjaya jaringkan gol yang ke-100 dalam Liga Malaysia.
“Dia juga sentiasa diberi
kepercayaan beraksi selama 90 minit. Bukannya sebagai pemain gantian atau
beraksi selama 20 minit, 30 minit.
“Sebab itulah saya juga percaya,
dia pasti mahu dan mampu menjaringkan lebih banyak gol musim ini,” ujar
Sathianathan.
Sementara itu, Sathianathan
menyifatkan gandingan Indra Putra bersama Shukor Adan sebagai gandingan yang
perlu diberikan perhatian pasukan lawan. Katanya, kedua-dua pemain yang pernah
beraksi bersama ketika mewakili skuad kebangsaan dan Felda United itu mampu
memberikan semangat kepada pemain muda Kuala Lumpur.
“Saya lihat gandingan mereka ini
sebagai gandingan mantap. Lagipun mereka sudah lama bermain bersama-sama,”
katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan