MyMetroArena
Meor Riduwan
Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
KEHEBATAN
bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin tidak disangkal apabila
dijangka dikekalkan oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk musim
depan.
Bakal
menginjak 39 tahun, kelibat penyerang veteran kelahiran Ipoh Perak ini dalam
skuad 'The Hawks' mampu menghadirkan gerun pertahanan lawan tambahan dengan
reputasi pemain pertama meledak 100 gol dalam Liga Super musim ini.
Setiausaha
Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa ketika dihubungi
mengesahkan khidmat Indera Putra masih diperlukan dalam pasukan.
"Kontrak
Indra Putra berakhir hujung bulan ini, tapi saya cadangkan kepada persatuan,
elok kekalkan dia.
"Pada
saya walaupun dia sudah berusia 38 tahun dari segi komitmen, corak permainan
sama saja macam pemain muda.
"Musim
depan pula kita beraksi di Liga Perdana yang mana persaingannya tidak sesengit
Liga Super, jadi saya yakin dia mampu menyumbang kepada pasukan," katanya
dihubungi Arena Metro.
Beliau
berkata, Indera Putra juga bebas daripada kecederaan dan boleh membimbing
pemain muda dalam pasukan.
"Memang
perancangan kita untuk mengambil lebih ramai pemain muda musim depan. Oleh
kerana kita beraksi di Liga Perdana ia sesuai untuk kita bangunkan pemain muda
bagi membentuk pasukan yang mantap untuk naik ke Liga Super pada 2021,"
katanya.
Menurut Nokman
lagi, kehadiran Indera Putra dalam pasukan juga penting bagi tujuan publisiti
KLFA kerana popularitinya cukup hebat.
"Boleh
kata semua majlis KLFA, ramai bertanya mengenai pemain kami khususnya Indera
Putra.
"Mereka
tanya bolehkan dia datang yang datang dan bukan pemain kebangsaan lain.
Insya-Allah kalau boleh kita akan simpan (kekalkan) Indera Putra bersama
pasukan," katanya.
Sementara itu,
katanya Kuala Lumpur akan menyertai perlawanan persahabatan dengan UiTM FC dan
sebuah kelab dari Australia pada 18 November ini.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Rabu, 27 November 2019 @ 5:12 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan