MyMetroArena
Meor Riduwan
Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
"ALHAMDULILLAH,
kemasukan Fakri (Ahmad Fakri Saarani) akan membantu jentera serangan pasukan
ketika ramai pemain cedera," kata ketua pasukan Kuala Lumpur, Indra Putra
Mahayuddin.
Menurutnya,
bekas rakan sepasukan dalam skuad Kelantan itu disifatkan seorang penyerang
yang rajin mencari peluang menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.
"Fakri
ada potensi mencetak gol jika mendapat gandingan yang baik. Dia sentiasa
bekerja keras," katanya dihubungi hari ini.
Skuad The City
Boys semalam secara rasmi menerusi Twitter Kuala Lumpur FA
Official@kualalumpurfa dan Facebook Kuala Lumpur Hawks, mengumumkan
menandatangani bekas pemain Melaka United, Ahmad Fakri pada jendela perpindahan
kedua Liga Malaysia 2019.
Menurut Indra
Putra, biarpun Kuala Lumpur tercicir dari saingan Piala FA dan kini di tangga
kedua tercorot liga, dia berharap ia tidak melemahkan semangat pasukan untuk
mengharungi baki Liga Super 2019.
"Saya
berharap rakan sepasukan tidak putus asa dan yakin dengan kemampuan kita. Kita
perlu berusaha lebih kuat dan mengelak berada di zon penyingkiran,"
katanya yang mencetak gol ke-100 peribadi akhir bulan lalu.
Sementara itu,
menjelang pertemuan dengan PKNP FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras,
pada 26 Mei ini, Indra Putra mahu ia tidak disia-siakan rakan sepasukan.
"Kami
perlu memanfaatkan bermain di laman sendiri untuk kutip tiga mata,"
katanya.
Tewas kepada
PJ City minggu lalu, anak buah Chong Yee Fatt mengumpul 11 mata hasil tiga
kemenangan, sembilan kekalahan dan dua keputusan seri.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 11:02 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan