Rabu, 1 Mei 2019

KL, FELDA sama 'liat'


MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
 
SKUAD Kuala Lumpur gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri 3-3 ketika melayan kunjungan FELDA United pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2019 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu memecah kebuntuan gol menerusi penyerangnya Abdul Azim Rahim pada minit ke-22.

Skuad kendalian Chong Yee Fatt berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi penyerang veteran Indra Putra Mahayuddin untuk kedudukan 1-1.

Sebaik sepak mula separuh masa kedua menyaksikan skuad The City Boys terus melancarkan serangan berbahaya sebelum Indera sekali lagi bertindak cemerlang menanduk masuk gol kedua pada minit ke-53 untuk kedudukan 2-1.

Namun, kegembiraan tuan rumah tidak berpanjangan apabila pasukan pelawat menyumbat gol penyamaan menerusi Azim selang tujuh minit kemudian.

Pemain import FELDA United Jocinet Schad meletakkan pasukan pelawat didepan pada minit ke-74 sebelum skuad Kuala Lumpur mengejar kembali menerusi Paulo Jasue selang enam minit kemudian.

Kedudukan 3-3 kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan FELDA United hanya memerlukan keputusan seri ketika melayani kunjungan Kuala Lumpur nanti untuk mara ke separuh akhir.

Kuala Lumpur pula memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan seterusnya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 11:30 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan